Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia ditimpa kemalangan. Isterinya terselamat tetapi si suami mengalami impak yang teruk dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan;
" Sayang sentiasa di sisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal dan sayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus berusaha...."
Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah;
" Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, sayang masih di sisi abang tanpa jemu. Siap tolong carikkan lagi dalam paper jawatan kosong untuk abang...."
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.
" Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sungguh2 untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang........ sayang masih di sisi abang."
" Dan baru2 ni, abang dah terlepas kontrak 5 juta hanya kerana kesilapan kecil. Abang dipecat dengan notis 24 jam,.......sayang masih di sisi.
Mata si suami pula bergenang,
Esakkan si isteri bertambah kuat....
Si suami berkata lagi;
" Abang rase sayang ni bawa sial lah...... BERAMBUS KAU SEKARANG!!!!!!!"

No comments:
Post a Comment